Bakso beranak
Bakso beranak

Bakso beranak

Bakso beranak atau bakso isi adalah sebuah hidangan Indonesia yang terdiri daripada sebuah bakso (dalam ukuran biasa atau berukuran lebih besar daripada ukuran biasa) yang bahagian dalamnya diisi dengan pelbagai makanan seperti keju cheddar, keju mozarela, cili, telur, tauhu, sosej, cendawan, daging cincang, bakmi, bakso yang berukuran lebih kecil dan sebagainya.[1]Bakso dibuat daripada daging lembu dan tepung ubi kayu untuk bebola daging.[2] Rempahnya ialah bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan telur ayam.[3]